Thursday, May 16, 2019

16/5/19

So pagi tadi balik dari kluang ke pontian. Nanti balik kluang balik pada sabtu. Ingat pagi tadi nak teman ma kat opis tapi aku decide nak teman ira plak beli barang buat kuih ngn mak long. Naik la kereta kelisa tu ngn dua lagi anak cik am, nina and rayyan.
Tadi buka mi goreng, banyak gak lagi makanan lain , cuma aku nak share resipi lengat pisang haha sebab tdi aku buat. Ape yag boleh dijanjikan rasa yang padu tapi rupa die tu haha lain mcm sikit.

RESEPI LENGAT PISANG

Bahan-bahan
-pisang emas, belah dua
-tepung gandum, dua sudu
-tepung ubi, satu sudu
-air satu cawan
-garam,secukup rasa
-gula,dua sudu
-santan,satu kotak
-sebuk santan perisa pandan, satu paket

Cara-cara
1. Belah dua pisang emas. Kuantiti tu sukahati la nak banyak ke sikit.
 Macam tadi aku guna 5 butir tk silap.
Susun pisang-pisang tu dalam loyang or bekas yang kau rasa muat untuk masuk dalam pengukus. Taburkan gula atas pisang-pisang tu.

2.Ambil mangkuk a.k.a bekas yang besar sikit sebab kite nak gaul-gaul bahan.
 Okay, dalam bekas ni kau tuang santan satu kotak.
Then masukkan serbuk santan perisa pandan tu sepaket.

3.Masukkan tepung gandum 2 sudu dan masukkan tepung ubi 1 sudu.
 Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan air satu cawan, lebih kurang dua ratus ml. ---sorry aku taip dua ratus sbb button no zero aku rosak.
Gaulkan yeee bahan -bahan di step 3 ni.

4. Tapis bahan-bahan yang telah digaul sebelum dituang ke atas pisang-pisang yang telah disusun dalam loyang.

5.Haaaa jangan lupe panaskan pengukus. kemudian masukkan loyang yang ade semua bahan kite tadi. Kukus !!!!!huhu

6.Agak -agak empat puluh minit, boleh matikan pengukus. Lengat pisang ready. Nak lagi keras dan sedap masukkan dalam peti sejuk. Nyum Nyummmmm


Saje je nak share resipi kikiki

Ku sedang cuak ni esok tak datang MGM . Ris belum bagi lagi surat mc aku kikiki



Wednesday, May 15, 2019

Blog as Diary

Aku rase dah tiba masa aku tunaikan hajat untuk jadikan blog ni sebagai diari catatan harian. Ade la jugak kenangan untuk dibace sebab tak semua kite bole ingat en. Yeehaa  .

So nak tulis la perkembangan hidup aku. Finallyyyyyy aku merdeka . Sem 2 dah nak habis eceehhh final pun belum lagi huhu lepas raya nanti tapi aku memang berkobar kobar rasenye nak habiskan cepat first year aku !!!!! Alhamdulillah lepas dah jumpe Timb. Dekan Ekologi aku bakal tukar kos. Dari statistik kepada Human Development. Hahahah . Macam tak boleh lupe rasanya aku keluar dari bilik prof tu sambil mengesat air mata. Air mata lega,sedih,gembira,terharu dan syukur sangat akhirnya aku seakan jumpa matlamat aku kat situ.

Aku pergi dengan Ain hihihi tak pasal-pasal malu aku sebab nangis sikit depan die jugak. So skang aku tengah honeymoon cuti. Next week balik sat hari Khamis. Jumaat balik kluang balik dah nak ready uasa lagi seminggu then raya then final then cuti sem dan akhirnyaaaaa bebas la akuuuuuu. Yahuuuuu!!!

Ok esok aku update lagi ok Esok ikut mama balik Pontian. Tadi tak dapat join iftar Despaduo.

16/5/19

So pagi tadi balik dari kluang ke pontian. Nanti balik kluang balik pada sabtu. Ingat pagi tadi nak teman ma kat opis tapi aku decide nak te...